Pihak sekolah telah menerima tawaran daripada Yayasan Selangor bagi memilih seramai 20 orang pelajar Tingkatan
Satu SAMMPS untuk diserap sebagai pelajar program RKPYS.
Kriteria yang diperlukan bagi mereka yang ingin memohon
adalah seperti berikut
- Pemohon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di negeri Selangor atau pemastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Lulus Semua Mata Pelajaran dalam UPSR 2018 dan mendapat sekurang-kurangnya 2A
- Pendapatan per kapita keluarga kurang RM 2000 sebulan (Pendapatan per kapita = jumlah pendapatan ibu+pendapatan bapa / bilangan tanggungan )
- Pemohon merupakan pelajar yang tinggal di asrama.
Manfaat sebagai pelajar program RKPYS
- Kelas tuisyen Yayasan Selangor
- Biasiswa (sekiranya layak)
- Program-program peningkatan akademik dari pihak Yayasan Selangor
- Program-program bimbingan dan peningkatan jati diri dari pihak Yayasan Selangor
- Anugerah dan insentif bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam dan kokurikulum
- Faedah-faedah lain sebagai alumni pelajar Yayasan Selangor seperti kemudahan pinjaman/biasiswa pengajian tinggi dan lain-lain program bantuan Yayasan Selangor
Bagi yang ingin memohon, anda boleh muat turun borang pada pautan di bawah. Sila lengkapkan bersama salinan dokumen yang diperlukan dan hantar kepada pihak sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina iaitu pada 11 Februari 2019.
Semua pemohon akan dinilai oleh pihak sekolah untuk dimajukan kepada pihak Yayasan Selangor.
Sebarang kemusykilan boleh hubungi Penyelaras Yayasan Selangor SAMMPS, En Mohd Azhar di talian 0193560307.
Sebarang kemusykilan boleh hubungi Penyelaras Yayasan Selangor SAMMPS, En Mohd Azhar di talian 0193560307.